Catatan

BANDA ACHEH

Imej
KEMBARA RAMADHAN DI BUMI ACHEH Pada 1 Ramadhan yang lalu bersamaan 17 Mei 2018, kami berkesempatan untuk bercuti di Acheh serta dapat  merasai suasana berpuasa di sana. Perjalanan ke Acheh dari Kuala Lumpur dengan menaiki Pesawat Air Asia AK421 mengambil masa lebih  kurang 1 jam 30 minit. MUZIUM ACHEH Sewaktu di Acheh kami berkesempatan ke Muzium Acheh. Perlu membayar tiket untuk masuk ke Muzium Acheh. Muzium Acheh banyak memaparkan tentang adat dan kebudayaan masyarakat Acheh. MUZIUM TSUNAMI Sekiranya berkunjung ke Acheh tak lengkap rasanya jika kita tidak berkunjung ke Muzium Tsunami. Muzium yang memaparkan berkenaan bencana Tsunami yang melanda Banda Acheh pada 26 Disember 2004. Muzium Tsunami Acheh tidak mengenakan sebarang bayaran masuk. Sewaktu saya melintasi pintu masuk laluan ke Muzium Tsunami, terdapat satu lorong yang perlu di lalui. Lorong itu agak gelap. Jalan tersebut merupakan sebuah jambatan kecil. Terasa agak sejuk keran

BANGKOK

Imej
MEMBURU SANG BUNGA MATAHARI DI BANGKOK Trip percutian kali ini ialah ke Bangkok. Kami ke Bangkok dengan menaiki pesawat dari KL ke  Bangkok yang mengambil penerbangan selama masa 2 jam 10 minit. Kami menyewa hotel di Hua Lamphong. Dari lapangan terbang   Don Mueang, Kami menaiki bas ke Chatuchak untuk menaiki MRT untuk ke Hua Lamphong. Harga tiket Bas dari Lapangan Terbang Don Mueang ke Chatuchak ialah 60THB seorang. Perkhidmatan bas ni sangat mesra pelancong. Mereka memberi peta kepada setiap pelancong yang menaiki bas dan penerangan kepada pelancong berkaitan tempat yang ingin di tuju oleh pelancong. Dari Chatuchak, kami kemudiannya menaiki MRT untuk ke Hua Lamphong. Harga Tambang MRT ialah 42 TBH seorang. Kami menginap di Hostel Loftel Station, harga semalaman bagi bilik private ialah 700THB.  Kami memulakan perjalanan kami pada keesokkan harinya untuk ke ladang bunga matahari di Lopburi iaitu misi utama kami ke Bangkok. Untuk ke Lopburi kami perlu menai